Setiap kita pasti ingin menjadi orang yang bijak. Justeru, dikongsikan ciri-ciri orang yang bijak. Semoga adik-adik mendapat manfaat daripadanya.
1. Sentiasa bersarapan pagi
- Adik-adik, ramai pakar menyatakan bahawa sarapan dapat menjadikan hari adik-adik lebih bersemangat. Jika tidak mengambil sarapan, paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan nutrisi kepada otak. Ini menyebabkan sel-sel otak kurang aktif.
2. Jangan makan berlebihan
- Makan berlebihan menyebabkan banyak darah akan disalurkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang fokus.
3. Jangan merokok
- Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia. Malah salah satu kesan akibat merokok ialah kerosakan sel-sel otak. Justeru, jangan cuba merokok kerana ia adalah pembunuh secara senyap.
4. Elak mengambil gula secara berlebihan
- Ini kerana akibat mengambil gula secara berlebihan, ianya akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Malah ianya turut mengganggu perkembangan otak adik-adik.
5. Udara yang bersih
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan kita. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang yang rosak.
6. Elak tidur secara berlebihan
- Tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Namun jika berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.
7. Kurang berfikir
- Sesuatu barangan yang jarang digunakan pasti akan berkarat dan rosak. Begitu juga dengan otak. Sekiranya ia jarang digunakan, diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul. Mereka akan menjadi kurang bijak. Oleh sebab itulah, guru-guru selalu memberikan kerja rumah kepada kita agar otak sentiasa berfikir.
Kesimpulan
- Jadi adik-adik, jagalah otak ini dengan baik. Otak adalah anugerah Allah yang besar nilainya. Justeru, pastikan otak kita sentiasa berfungsi dengan baik dan cerdas.
Majalah Asuh
Bil. 189. April 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan