Members

Isnin, 17 Jun 2013

BASMALAH .. Hikmah di sebaliknya.....

By  : Cg Cayrol Azwa

Dikisahkan terdapat seorang perempuan tua yang taat beragama.  Namun, suaminya seorang yang pasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan yang dituntut dalam agama Islam.  Perempuan itu sentiasa membaca 'basmallah'  setiap kali dia hendak memulakan sesuatu perkara.  Namun suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa mempermainkan isterinya,,

Suami perempuan ini pernah berkatasambil mengejek kepada isterinya, "Awak ni, asyik-asyik Bismillah. Bismillah.  Tak de perkataan lain selain dari Bismillah."

Isterinya tetap berdiam dan tidak melawan kuasa suaminya.  Namun sebagai isteri dia sentiasa mendoakan suaminya  agar  Allah  SWT memberikan hadiah kepada suaminya..

Wang yang banyak,,

Pada suatu hari,sang suami berkata kepada isterinya, "suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaan kamu itu."

Justeru, sang suami ini mendapat satu idea.  Lalu untuk membuat isterinya rasa terperanjat, sang suami memberikan wang yang banyak kepada isterinya.  "Simpan wang ini baik-baik,"  kata sang suami kepada isterinya.

Kemudian, isterinya mengambil wang itu dan menyimpannya di tempat yang selamat.  Namun, tanpa pengetahuan si isteri, suaminya telah melihat segala gerak-geri isterinya yang menyimpan wang tersebut.  Setelah itu, tanpa pengetahuan si isteri, sang suami ini telah mengambil semula wang tersebut dan mencampakkannya ke dalam sebuah perigi di belakang rumah mereka.

Allah Maha Berkuasa

Selang beberapa hari kemudiannya, sang suami ini memanggil isterinya lalu berkata, "Wahai isteriku, berikan semula padaku wang yang aku berikan kepada engkau tempo hari untuk disimpan."

Lantas si isteri terus menuju ke tempat penyimpanan wang tersebut sambil diikuti oleh suaminya.  Dengan berhati-hati, si isteri menghampiri tempat tersebut dan membukanya dengan kalimah 
 
Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibril a.s. untuk mengembalikan semula beg yang menyimpan wang tersebut ke tempat asal.  Lalu perempuan itu, mengambil wang tersebut dan menyerahkannya kepada suaminya.  Alangkah terperanjat suaminya, apabila melihat wang tersebut berada di situ.  Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya.  Lalu ketika itu juga, dia bertaubat dan mengerjakan segala perintah Allah.  Malah, mulai saat itu juga, sang suami ini mula membaca kalimah 'Bismillah' setiap kali memulakan sesuatu kerja.

Pengajaran cerita

  •  Jadikan kalimah Basmalah sebagai rutin harian dalam kehidupan setiap kali hendak memulakan sesuati perkara.
  • Menurut Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda :  "Tiap-tiap pekerjaan yang baik tidak dimulakan dengan membaca 'Bismillahirrahmanirrahim' maka pekerjaan itu terputus dari rahmat Allah."
**** Bil 189.April 2013
         Majalah Asuh / 29
 

Tiada ulasan: