Members

Rabu, 19 Jun 2013

Khasiat Sayur-sayuran

By  : Cg Cayrol

Dalam pemakanan seharian kita, sayur-sayuran merupakan makanan seimbang yang perlu diutamakan.  Ini kerana sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan, minda dan emosi agar kita cerdas serta cergas.  Namun ada antara kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran.  Kenapa ini berlaku?  Pelbagai jawapan pasti kita dengar.  Antaranya ialah tak sedap dan sayur itu pahit.  Sebenarnya adik-adik, makan sayur ini sangat bagus.  Ia kaya dengan serat dan anti oksidan yang baik untuk kesihatan.  Apa kata mulai hari ini, adik-adik cuba makan sedikit demi sedikit sayur-sayuran.  Berikut dikongsikan beberapa jenis sayur dan khasiatnya : 

1.  Lobak Putih

  • Ia mempunyai kandungan khasiat yang tinggi.  Sayur ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah penghadaman akibat masalah perut yang sering meragam.  Antara kandungan sayur ini ialah air, glukos dan sokros dan fruktos.  Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.
2.  Asparagus

  • Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, Vitamin A dan C serta niasin.  Justeru, dikatakan bagi mereka yang menghadapi masalah kulit akibat pengumpulan asid berlebihan dalam darah seperti jerawat, eczema atau kudis.  Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.  Selain itu, asparagus juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kalenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas serta kulit.
3.  Daun Salad

  • Lazimnya kita melihat daun salad digunakan untuk menghias makanan.  Namun, daun salad enak dimakan begitu sahaja.  Sayuran ini sebenarnya kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, zink, Vitamin A dan C.  Di samping itu juga, daun salad mampu menghilangkan rasa dahaga dan bertindak melancarkan sistem pernafasan.
  • Daun salad berperanan penting dalam bidang perubatan.  Ini kerana ianya bertindak sebagai  penawar kepada masalah insomnia atau sukar untuk tidur.  Malah daun salad juga bertindak   menenang dan melapangkan fikiran. 
4.  Kubis

  • Sayur ini mengandungi sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan.  Kubis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah.. Ia juga berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain yang berkaitan dengan usus.
  • Kubis kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan Vitamin A, B Kompleks dan C.  Jumlah zat galian yang terdapat dalam kubis dapat menghindarkan pengeluaran karsinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan.  Amalan memakan kubis dapat menghalang karsinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah.
  •  Selain itu, asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolesterol. meredakan saraf dan menenangkan fikiran serta sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

5.  Kacang Buncis
  •  Sayur ini kaya dengan protein dan vitamin yang mampu membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisma gula dalam darah.  Ia amat sesuai dimakan  oleh mereka yang menghidap  kencing manis atau darah tinggi. 
  • Malah bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang keterlaluan, kacang buncis dapat membantu mengatasi masalah ini.  Perkara ini terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan.  Hasil ujian menunjukkan kandungan serat dan enzim yang terdapat dalam kacang buncis boleh membantu menurunkan berat badan.
##    Kesimpulannya:
  • Sayur-sayuran sememangnya sangat baik untuk kesihatan.  Justeru, jadikanlah sayur-sayuran sebagai menu utama sewaktu kita makan.  
  • Ikutlah panduan dalam piramid makanan agar kita hidup sihat di samping mengamalkan senaman dalam kehidupan.  
~~ JOM JADI SIHAT ~~

sumber:
Siti Humairah
Majalah Asuh Bil 178  - Mei 2012  / m.s 62

Tiada ulasan: