Members

Ahad, 23 Jun 2013

HERBA untuk LELAKI dan WANITA

by  : Cg Cayrol Azwa

A.  PRODUK VIGOR (HERBA LELAKI)

Khasiat Herba Butea Superba (Vigor)

  • Meningkatkan aktiviti androgenik
  • Mengembalikan keremajaan
  • Meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki
  • Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki
  • Menjadikan ereksi zakar lebih selesa
  • Membantu lelaki yang mengalami masalah 'erectile dysfunction' (ED) / disfungsi erektil
  • Meningkatkan tahap kepekatan sperma
  • Memanjangkan tempoh pergerakan sperma
 1.  Tumbuhan herba Butea Superba tumbuh di India, Thailand dan juga di Asia Tenggara.Dikenali
       sebagai 'Red Kwao Krua' di kalangan masyarakat Thailand, tumbuhan herba ini telah lama di
       gunakan secara tradisional  untuk meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki.

2.   Herba Butea superba ini didapati dapat meningkatkan aktiviti androgenik, di mana aktiviti 
      androgenik ini sangat penting dalam perkembangan sistem pembiakan lelaki.  Antara contoh
      hasil  aktiviti androgenik ini termasuklah pertumbuhan bulu-bulu di badan, perkembangan 
      organ pembiakan lelaki dan juga pembentukan jisim otot yang lebih pejal berbanding otot 
      wanita.

3.   Khasiat tumbuhan herba ini menyamai kapsul 'viagra' yang berfungsi untuk menguatkan
       tenaga batin lelaki.  Istimewanya, herba Butea superba ini membantu menggalakkan
       perjalanan darah ke dalam organ seksual lelaki tanpa memberi kesan, mempercepatkan
       kadar denyutan jantung, gementar atau letih, sekaligus menjadikan ereksi zakar lebih 
       selesa.

4.   Menurut kajian saintifik, penggunaan tumbuhan herba ini secara berterusan dapat
      mengembalikan  keremajaan dan membantu merawat masalah kesihatan yang berkaitan 
      dengan penuaan.  Sediaan daripada tumbuhan herba ini didapati dapat membantu 
      meningkatkan fungsi ereksi di kalangan lelaki yang mengalami masalah 'erectile 
      dysfunction' (ED) / disfungsi erektil tanpa memberi kesan toksik.

5.   Herba Butea superba juga dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kepekatan sperma
      dan juga memanjangkan tempoh pergerakan sperma di mana ia merupakan salah satu faktor
      utama yang menyumbang kepada kesuburan lelaki.

6.   Secara konklusinya, herba Butea superba sememangnya herba yang sangat berguna untuk
      penjagaan kesihatan lelaki. 


  • 1 unit Vigor mengandungi 30 kapsul
  • cara pengambilan  :  1 biji setiap hari
  • Harga pengguna    :  Semenanjung Malaysia ~ RM60  (Harga Ahli ~RM50)
  •                                  Sabah dan Sarawak       ~ RM 65  (Harga Ahli ~RM55)
  • Nilai mata             :  25   

A.  PRODUK PUERARIA  (HERBA WANITA)

Khasiat Herba Pueraria (Herba Wanita)


  • Menyeimbangkan hormon estrogen
  •  

  
          


Rabu, 19 Jun 2013

Terjemahan Surah Al-Ikhlas

By :  Cg Cayrol Azwa


PENGENALAN
  • Merupakan Surah ke 112
  • Termasuk di antara surah-surah pendek dalam al-Quran
  • Surah ini sering dibaca dan diulang-ulang.  Boleh dikatakan surah ini sudah menjadi bacaan harian setiap Muslim, baik ketika solat ataupun saat mereka berzikir.
  • Rasulullah s.a.w. tidak pernah lupa daripada membaca surah yang mulia ini setiap hari.
  • Surah ini mengandungi makna dan pengajaran yang penting serta mendalam.
  • Surah ini pendek dari segi susunan ayat dan jumlah ayat.  Namun memiliki kedudukan yang tinggi jika dibandingkan dengan surah-surah lain.  Bahkan kedudukannya sama dengan sepertiga al-Quran.
JOM KITA PELAJARI
  1. Al-Ikhlas bererti "kesucian" atau "bersih", yang berfungsi membersihkan jiwa seseorang daripada kepercayaan kepada kebendaan.
  2. Surah al-Ikhlas juga dinamakan dengan surah at-Tawhid.
  3. Surah ini merupakan pernyataan ringkas  tauhid, keesaan mutlak Allah, yang terdiri daripada empat ayat.
  4. Surah al-Ikhlas adalah satu-satunya surah dalam al-Quran yang namanya tidak ada atau tidak mempunyai hubungan bahasa (linguistik) kepada surah itu sendiri.
 ASBABUN NUZUL ~ SEBAB TURUNNYA SURAH INI
  • Adik-adik, sebab turunnya surah ini adalah, ketika orang Musyrik atau orang Yahudi berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Beritakan kepada kami sifat Rabb-Mu."  Kemudian Allah s.w.t. menurunkan surah ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tirmidzi.
KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS
  1. Menyamai sepertiga Al-Quran.
  • Diriwayatkan dalam sahih al-Bukhari daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. beliau berkata: " Ada seorang sahabat Rasul s.a.w. mendengar jirannya membaca berulang-ulang."Kemudian pada pagi harinya dia menemui Nabi s.a.w. dan menceritakan tentang perbuatan jirannya.  Seakan-akan dia menganggap kedudukan surah ini ringan dan tidak penting.  Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya.  Sesungguhnya surah al-Ikhlas benar-benar menyamai sepertiga al-Quran." (Riwayat Bukhari)
  • Para ulama' menjelaskan sebab surah al-Ikhlas ini menyamai sepertiga al-Quran kerana di dalam al-Quran mengandungi tiga pokok yang paling mendasar iaitu:
          a)  Tauhid
          b)  Kisah-kisah rasul dan ummatnya
          c)  Hukum-hukum syariat
  • Sedangkan surah al-Ikhlas ini, mengandungi kaedah-kaedah ilmu tauhid.  Atas dasar inilah surah al-Ikhlas menyamai sepertiga al-Quran.
     2.   Mendapatkan kecintaan Allah s.w.t.
  • Daripada Syaidatina Aisyah r,a. : "Nabi s.a.w. pernah mengutuskan sahabat dalam sebuah pertempuran.  Lalu dia mengimami solat dan selalu membaca surah al-Ikhlas.  Tatkala mereka kembali dari pertempuran, mereka adukan hal tersebut kepada Nabi s.a.w. Baginda s.a.w. bersabda: "Tanyakan kepadanya apa yang melatarbelakangi dia berbuat seperti itu?" Mereka pun menanyakannya.  Lalu Baginda pun menjawab:  "Sesungguhnya surah al-Ikhlas mengandungi sifat yang dimiliki oleh ar-Rahman (Allah) dan aku suka untuk membacanya."  Maka Nabi s.a.w. bersabda:  "Khabarkan kepadanya bahawa Allah swt mencintainya." (riwayat Bukhari)
     3.  Mendapatkan ganjaran Jannah  
  •  Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: "Aku pernah bersama Nabi s.a.w. dan saat itu beliau mendengar seseorang membaca:( قل هوالله أحد  ) Lalu Baginda bersabda:  "Dia telah mendapatkan".  Abu Hurairah bertanya:  "Mendapatkan apa wahai Rasulullah?" Beliau menjawab:  "Al-Jannah (syurga)." ~ Riwayat Tirmizi.
  • Dalam hadis yang lain Baginda s.a.w.  bersabda: "Kecintaanmu kepada surah al-Ikhlas memasukkanmu ke dalam al-Jannah." ~ Riwayat Bukhari
4.  Doa yang tidak tertolak
  • Daripada Buraidah bin Khusaib r.a.: "Aku pernah masuk masjid bersama Nabi, tiba-tiba ada seorang sahabat solat dan membaca di dalam doanya:
اللهم اني أسألك بأني أشهد أن لا اله الا أنت الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يكن له كفوا أحد

  • Lalu Baginda bersabda:  "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya.  Sesungguhnya dia meminta dengan nama-Nya yang mulia.  Jika dia meminta dengan nama tersebut, Allah akan memberinya dan jika dia berdoa dengannya, diterima."  ~ Riwayat Abu Dawud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Sumber:
Majalah Asuh :  Bil 178 
Mei 2012 / m.s : 13
  

Khasiat Sayur-sayuran

By  : Cg Cayrol

Dalam pemakanan seharian kita, sayur-sayuran merupakan makanan seimbang yang perlu diutamakan.  Ini kerana sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan, minda dan emosi agar kita cerdas serta cergas.  Namun ada antara kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran.  Kenapa ini berlaku?  Pelbagai jawapan pasti kita dengar.  Antaranya ialah tak sedap dan sayur itu pahit.  Sebenarnya adik-adik, makan sayur ini sangat bagus.  Ia kaya dengan serat dan anti oksidan yang baik untuk kesihatan.  Apa kata mulai hari ini, adik-adik cuba makan sedikit demi sedikit sayur-sayuran.  Berikut dikongsikan beberapa jenis sayur dan khasiatnya : 

1.  Lobak Putih

  • Ia mempunyai kandungan khasiat yang tinggi.  Sayur ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah penghadaman akibat masalah perut yang sering meragam.  Antara kandungan sayur ini ialah air, glukos dan sokros dan fruktos.  Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.
2.  Asparagus

  • Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, Vitamin A dan C serta niasin.  Justeru, dikatakan bagi mereka yang menghadapi masalah kulit akibat pengumpulan asid berlebihan dalam darah seperti jerawat, eczema atau kudis.  Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.  Selain itu, asparagus juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kalenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas serta kulit.
3.  Daun Salad

  • Lazimnya kita melihat daun salad digunakan untuk menghias makanan.  Namun, daun salad enak dimakan begitu sahaja.  Sayuran ini sebenarnya kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, zink, Vitamin A dan C.  Di samping itu juga, daun salad mampu menghilangkan rasa dahaga dan bertindak melancarkan sistem pernafasan.
  • Daun salad berperanan penting dalam bidang perubatan.  Ini kerana ianya bertindak sebagai  penawar kepada masalah insomnia atau sukar untuk tidur.  Malah daun salad juga bertindak   menenang dan melapangkan fikiran. 
4.  Kubis

  • Sayur ini mengandungi sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan.  Kubis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah.. Ia juga berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain yang berkaitan dengan usus.
  • Kubis kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan Vitamin A, B Kompleks dan C.  Jumlah zat galian yang terdapat dalam kubis dapat menghindarkan pengeluaran karsinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan.  Amalan memakan kubis dapat menghalang karsinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah.
  •  Selain itu, asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolesterol. meredakan saraf dan menenangkan fikiran serta sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

5.  Kacang Buncis
  •  Sayur ini kaya dengan protein dan vitamin yang mampu membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisma gula dalam darah.  Ia amat sesuai dimakan  oleh mereka yang menghidap  kencing manis atau darah tinggi. 
  • Malah bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang keterlaluan, kacang buncis dapat membantu mengatasi masalah ini.  Perkara ini terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan.  Hasil ujian menunjukkan kandungan serat dan enzim yang terdapat dalam kacang buncis boleh membantu menurunkan berat badan.
##    Kesimpulannya:
  • Sayur-sayuran sememangnya sangat baik untuk kesihatan.  Justeru, jadikanlah sayur-sayuran sebagai menu utama sewaktu kita makan.  
  • Ikutlah panduan dalam piramid makanan agar kita hidup sihat di samping mengamalkan senaman dalam kehidupan.  
~~ JOM JADI SIHAT ~~

sumber:
Siti Humairah
Majalah Asuh Bil 178  - Mei 2012  / m.s 62

Isnin, 17 Jun 2013

BASMALAH .. Hikmah di sebaliknya.....

By  : Cg Cayrol Azwa

Dikisahkan terdapat seorang perempuan tua yang taat beragama.  Namun, suaminya seorang yang pasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan yang dituntut dalam agama Islam.  Perempuan itu sentiasa membaca 'basmallah'  setiap kali dia hendak memulakan sesuatu perkara.  Namun suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa mempermainkan isterinya,,

Suami perempuan ini pernah berkatasambil mengejek kepada isterinya, "Awak ni, asyik-asyik Bismillah. Bismillah.  Tak de perkataan lain selain dari Bismillah."

Isterinya tetap berdiam dan tidak melawan kuasa suaminya.  Namun sebagai isteri dia sentiasa mendoakan suaminya  agar  Allah  SWT memberikan hadiah kepada suaminya..

Wang yang banyak,,

Pada suatu hari,sang suami berkata kepada isterinya, "suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaan kamu itu."

Justeru, sang suami ini mendapat satu idea.  Lalu untuk membuat isterinya rasa terperanjat, sang suami memberikan wang yang banyak kepada isterinya.  "Simpan wang ini baik-baik,"  kata sang suami kepada isterinya.

Kemudian, isterinya mengambil wang itu dan menyimpannya di tempat yang selamat.  Namun, tanpa pengetahuan si isteri, suaminya telah melihat segala gerak-geri isterinya yang menyimpan wang tersebut.  Setelah itu, tanpa pengetahuan si isteri, sang suami ini telah mengambil semula wang tersebut dan mencampakkannya ke dalam sebuah perigi di belakang rumah mereka.

Allah Maha Berkuasa

Selang beberapa hari kemudiannya, sang suami ini memanggil isterinya lalu berkata, "Wahai isteriku, berikan semula padaku wang yang aku berikan kepada engkau tempo hari untuk disimpan."

Lantas si isteri terus menuju ke tempat penyimpanan wang tersebut sambil diikuti oleh suaminya.  Dengan berhati-hati, si isteri menghampiri tempat tersebut dan membukanya dengan kalimah 
 
Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibril a.s. untuk mengembalikan semula beg yang menyimpan wang tersebut ke tempat asal.  Lalu perempuan itu, mengambil wang tersebut dan menyerahkannya kepada suaminya.  Alangkah terperanjat suaminya, apabila melihat wang tersebut berada di situ.  Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya.  Lalu ketika itu juga, dia bertaubat dan mengerjakan segala perintah Allah.  Malah, mulai saat itu juga, sang suami ini mula membaca kalimah 'Bismillah' setiap kali memulakan sesuatu kerja.

Pengajaran cerita

  •  Jadikan kalimah Basmalah sebagai rutin harian dalam kehidupan setiap kali hendak memulakan sesuati perkara.
  • Menurut Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda :  "Tiap-tiap pekerjaan yang baik tidak dimulakan dengan membaca 'Bismillahirrahmanirrahim' maka pekerjaan itu terputus dari rahmat Allah."
**** Bil 189.April 2013
         Majalah Asuh / 29
 

Tujuh Ciri Orang Yang Bijak

By  :  Cg Cayrol Azwa


Setiap kita pasti ingin menjadi orang yang bijak.  Justeru, dikongsikan ciri-ciri orang yang bijak.  Semoga  adik-adik mendapat manfaat daripadanya.

1.  Sentiasa bersarapan pagi
  • Adik-adik, ramai pakar menyatakan bahawa sarapan dapat menjadikan hari adik-adik lebih bersemangat.  Jika tidak mengambil sarapan, paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan nutrisi kepada otak.  Ini menyebabkan sel-sel otak kurang aktif.
2.  Jangan makan berlebihan
  • Makan berlebihan menyebabkan banyak darah akan disalurkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan.  Ini menyebabkan kekurangan darah  yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang fokus.
 3.  Jangan merokok
  • Asap rokok sangat merbahaya  kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia.  Malah salah satu kesan akibat merokok ialah kerosakan sel-sel otak.  Justeru, jangan cuba merokok kerana ia adalah pembunuh secara senyap.
4.  Elak mengambil gula secara berlebihan
  • Ini kerana akibat mengambil gula secara berlebihan, ianya akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.  Malah ianya turut mengganggu perkembangan otak adik-adik.
 5.  Udara yang bersih
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan kita.  Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang yang rosak.
6.   Elak tidur secara berlebihan
  • Tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang.  Namun jika berlebihan, ia akan  menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang. 
 7.  Kurang berfikir
  • Sesuatu barangan yang jarang digunakan pasti akan berkarat dan rosak. Begitu juga dengan otak.  Sekiranya ia jarang digunakan, diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul.  Mereka akan menjadi kurang bijak.  Oleh sebab itulah, guru-guru selalu memberikan kerja rumah kepada kita  agar otak sentiasa berfikir.
Kesimpulan

  • Jadi adik-adik, jagalah otak ini dengan baik.  Otak adalah anugerah Allah yang besar nilainya.  Justeru, pastikan otak kita sentiasa berfungsi dengan baik dan cerdas.

Azney Sulaiman
Majalah Asuh
Bil. 189. April 2013 

Ahad, 16 Jun 2013

BALASAN GEMAR BERSELAWAT

By  :  Cg Cayrol Azwa


Seorang pemuda bercerita kepada Sufyan al-Thauri tentang pengalamannya yang sangat luar biasa.  Kisah hebat itu berlaku kepada ayahnya yang baru meninggal dunia.  Sufyan al-Thauri, seorang wali Allah dan ulama sufi tersohor mendengar dengan tenang dan penuh perhatian.  

Menurut pemuda itu, dia bersama ayahnya sedang dalam perjalanan ke Makkah untuk mengerjakan haji.  Namun takdir Allah, ayahnya tidak sempat sampai ke Makkah.  Dia meninggal dunia dalam perjalanan itu.  Pemuda itu berasa amat sedih.

Tidak lama kemudian, wajah ayahnya tiba-tiba bertukar menjadi hitam.  Pemuda itu sungguh terkejut.  Dia tidak tahu mengapa jadi begitu.  Dia juga tidak tahu apa yang dia perlu buat.  Akhirnya pemuda itu menutup mayat ayahnya dengan sehelai kain sambil menangis teresak-esak.

"Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan.  Saya berada di tempat yang tidak ada orang.  Saya duduk menunggu di sisi mayat ayah saya kalau-kalau ada orang yang lalu,"  kata pemuda itu, meneruskan ceritanya kepada Sufyan al-Thauri.

Pemuda itu berkata lagi, "Lama menunggu di situ, akhirnya saya tertidur.  Saya bermimpi didatangi seorang lelaki yang sungguh tampan dan kelihatan gagah.  Wajahnya bersinar terang.  Pakaiannya bersih dan berbau harum.


Hitam Bertukar Cerah

"Saya berbual-bual dengan lelaki itu.  Dia bertanyakan masalah saya lalu diberitahu tentang ayah saya yang telah meninggal dunia.  Namun yang membuatkan saya sangat sedih adalah keadaan wajah ayah saya yang telah berubah daripada rupa yang elok bertukar menjadi hitam."

Menurut pemuda itu lagi, lelaki yang tidak dikenali itu telah menyingkap kain yang menutup mayat ayahnya.  Kemudian dia mengusap muka mayat dengan tangannya. Dengan tidak semena-mena, wajah yang hitam beransur-ansur bertukar menjadi cerah dan bersih.  Bahkan lebih cerah daripada asalnya.

Pemuda itu terpegun.  Bagaimana begitu mudah wajah yang hitam bertukar menjadi cerah kembali?  Selepas lelaki itu beredar pergi, pemuda itu masih tercengang-cengang.  Semuanya adalah dengan kehendak Allah SWT, tanda keagungan dan kebesaran-Nya.


Tabiat ayah

" Saya diberitahu, ayah saya beroleh rahmat yang begitu besar daripada Allah SWT adalah kesan keberkatan daripada satu amalan yang menjadi kesukaannya.  Sewaktu hidupnya, ayah saya sangat-sangat rajin berselawat kepada Rasulullah SAW,"  pemuda itu terus bercerita.

" Sebaik-baik sahaja terjaga daripada tidur, saya terus menyelak  kain yang menutup mayat ayah saya.  Memang benar.  Wajahnya tidak lagi berwarna hitam.  Wajah ayah saya cerah berseri.  Saya berasa sungguh gembira dan terharu.  Alangkah besarnya kelebihan berselawat kepada Rasulullah SAW,"  kata pemuda itu lagi, mengakhiri ceritanya kepada Sufyan al-Thauri.

Sejak itu, dia berazam akan mencontohi tabiat ayahnya yang sangat gemar berselawat.  Dia tidak akan membiarkan masanya berlalu kosong begitu sahaja, melainkan akan dipenuhi dengan mengucapkan selawat kepada Rasulullah SAW.  Dengan keberkatan selawat, seseorang itu akan beroleh banyak kebaikan yang tidak disangka-sangka.

 ~Wallahu A'lam ~

Dipetik drpd :  Majalah Asuh  (Bil 189. April 2013)
                       m/s 27


MEMOREEN Plus JUICE

By  :  Cg Cayrol Azwa

Memoreen Plus Juice diformulasi dengan herba-herba terbaik hasil gabungan perubatan Islam. Ayurveda dan Cina yang telah terbukti keberkesanannya dalam membina potensi minda dan kesihatan secara keseluruhannya.




Antaranya kelebihannya :  
  1. Meningkatkan daya tumpuan dan mengatasi masalah lembab
  2. Atasi penyakit mudah lupa di kalangan orang dewasa
  3. Mengatasi masalah ADHD pada kanak-kanak
  4. Daya kepintaran berfikir
  5. Kekuatan mental dan emosi
  6. Meningkatkan kecerdasan dan kecergasan
  7. Tiada lagi gagap, gugup dan darah gemuruh
  8. Melancarkan peredaran darah
  9. Mengurangkan stress dan tekanan
  10. Tingkatkan daya ingatan
Kandungannya :

1.  Bacopa Monniera
  • Herba yang diamalkan dalam sistem perubatan Ayurveda sejak berabad lamanya sebagai tonik untuk mencergaskan serta mengaktifkan sel-sel otak.  Mengandungi alkaloid, saponin dan sterol serta Bacosida A & B yang merangsang penghantaran isyarat saraf., memperbaiki neuron yang rosak serta menjana aktiviti sinaps.
2.  Gingko Biloba 

  • Herba yang digunakan dalam perubatan Cina.  Ia berkesan menghalang pengumpalan darah serta bertindak melebarkan pembuluh dan meningkatkan aliran darah ke seluruh anggota termasuk bahagian otak.  Ini menambah penyerapan oksigen dan glukosa ke sel-sel otak seterusnya merangsang akitiviti neuron.
3.  Madu

  • Makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran:  Surah An-Nahl (68-69) sebagai penyembuh segala penyakit manusia.  Ia mengandungi gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa serta mineral lain seperti magnesium, potassium, sodium, besi dan fosfat.  Juga kaya dengan vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6.  Mencegah keletihan dan kelesuan sel-sel otak.
4.  Delima 


  • Makanan sunnah yang disebut di dalam al-Quran:  Surah Ar-Rahman (66-68) sebagai buah syurga.  Kaya dengan sodium dan nutrien lain seperti riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalium dan fosforus.  Mengandungi anti-oksidan polyphenol yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel otak. 
5.  Roselle
  • Mengandungi Vitamin C yang tinggi, 3 kali ganda berbanding anggur.  Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti B1, B2 dan D.  Terdapat banyak kalsium dan magnesium serta kaya dengan beta-karotene dan anthocyanin.  Kandungan Omega-3 meransang pertumbuhan DHA bagi tumbesaran minda kanak-kanak.
 6.  Habbatussauda'
  • Dikenali juga dengan nama Nigella Sativa yang banyak terdapat di Tanah Arab.  Ia disebut di dalam hadis Nabi sebagai ubat segala penyakit (HR Bukhari dan Muslim).  Mengandungi lebih daripada 67 jenis bahan aktif serta minyak-minyak asas seperti sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine dan cymene juga alkaloids, saponin dan Asid Amino.
7.  Anggur
  • Anggur mengandungi serat dan vitamin C yang tinggi.  Ia kaya dengan flanovoids bersifat anti-oksida yang dapat meneutralkan radikal bebas.  Ia juga mengandungi resveratrol, iaitu sejenis polyphenol yang dapat menurunkan beta amyloid untuk pesakit Alzheimer.

***  Selain membantu perkembangan minda, MEMOREEN PLUS JUICE ini juga membantu 
        meningkatkan imunisasi tubuh badan supaya kekal sihat, cergas dan bertenaga.





~~ TINGKATKAN DAYA INGATAN ANDA SEKARANG ~~
 
 

 




Jumaat, 14 Jun 2013

Dengarlah Cerita.....

By :  Cg Cayrol Azwa

1.  Masuk SYURGA dan NERAKA kerana seekor LALAT

Imam Thariq bin Syihab berkata dalam majlis pengajiannya, "Ada orang yang masuk SYURGA kerana seekor LALAT  dan ada pula yang masuk NERAKA kerana seekor lalat."  Kaum Muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan Imam .Thariq bin Syihab yang tidak masuk akal itu.  Mereka tertanya hairan.

"Bagaimana hal itu boleh terjadi?  tanya mereka serentak.  Lalu Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah cerita menarik.  "Ada dua orang melakukan pengembaraan.  Pada suatu hari, mereka memasuki daerah yang didiami satu kaum yang menyembah berhala.  Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan.  Orang yang melewati daerah mereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu.  Jika tidak, mereka tidak akan dibiarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu.

Dua orang itu turut mengalami masalah yang sama.  Mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala.  Lelaki pertama sangat takut kepada kematian.  Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, akhirnya dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu.

Lelaki kedua pula tetap teguh memegang akidahnya.  Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat.  Dia memilih untuk taat kepada ajaran agamanya.  Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat, iaitu korban Aidil Adha yang dilakukan ikhlas kerana Allah.

Memberi persembahan untuk berhala, meskipun hanya dengan seekor lalat, adalah perbuatan menyekutukan Allah.  Itu adalah dosa yang paling besar.  Keengganannya menyebabkan dia dibunuh.  Lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk Syurga.

Adapun lelaki yang seorang lagi, akhirnya meneruskan perjalanan.  Namun begitu, malang menimpanya.  Baru sahaja dia  berjalan beberapa puluh langkah, dia digigit ular berbisa ditengah padang pasir dan akhirnya mati.

Namun, dia mati dalam keadaan musyrik (menyekutukan Allah).  Dia masuk Neraka kerana menyekutukan Allah, dengan mempersembahkan seekor lalat pada berjala."

Wallahu'alam....


2.  Nabi Salleh a.s berdakwah kepada kaum Thamud

Seruan demi seruan Nabi Salleh a.s akhirnya membangkitkan kemarahan kaumnya.  Mereka mencemuh Nabi Salleh a.s, "Kamu dengan pengikut-pengikut kamu ini hanya menyebabkan kami bernasib malang!"

Nabi Salleh a.s menjawab, " Sesungguhnya nasib baik dan buruk yang menimpa kamu adalah dari sisi Allah.  Dialah yang menentyukannya, bukannya aku.  Aku juga tidak meminta upah daripada kamu dalam menjalankan tugasku ini.  Balasan atas kerja-kerjaku ini terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam."

Kemudian Nabi Salleh a.s memberitahu kaumnya terutama para pemimpin mereka, sesudah mereka mati mereka akan dibangkitkan di padang mahsyar bagi menerima pembalasan atas perbuatan mereka di dunia ini.

"Adakah kamu fikir kamu akan dibiarkan bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini?  Ketahuilah, taman-taman yang indah permai, mata air yang mengalir, kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon kurma yang berbuah lembut ini akan hancur suatu hari nanti.  Demikian juga dengan rumah-rumah kamu yang indah ini.  Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah."

Kepada rakyat biasa, Nabi Salleh a.s menyeru mereka supaya tidak memberi ketaatan kepada pemimpin yang ingkar kepada Allah.  Kata baginda, "Wahai kaumku, janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas itu.  Mereka itu hanya melakukan kerosakan di atas muka bumi dan tidak mahu melakukan kebaikan."

Unta mukjizat

Akhirnya penentang-penentang Nabi Salleh a.s jemu mendengar seruan yang disampaikan oleh Nabi Salleh a.s.  Mereka pun meminta kepada Nabi Salleh a.s supaya menunjukkan tanda yang baginda benar-benar utusan Allah.  Mereka berkata, "Kamu hanyalah manusia biasa seperti kami.  Kalau benar kamu ini rasul yang diutus oleh Allah, bawakanlah satu tanda supaya kami percaya kepada kamu ."

Lalu Nabi Salleh a.s memohon kepada Allah supaya mendatangkan mukjizat bagi membuktikan kebenaran kepada kaumnya.  Allah pun memberi mukjizat kepada Nabi Salleh berupa seekor unta betina.

Nabi Salleh berkata kepada kaumnya,  "Ini adalah seekor unta betina.  Unta ini akan minum di telaga bergilir-gilir dengan kamu.  Pada hari ia minum, kamu tidak boleh mengambil air dari telaga itu tetapi kamu dibenarkan memerah  susunya sebanyak yang kamu mahu.  Biarkanlah unta ini mencari makanannya dan janganlah kamu menyakitinya.  Kalau kamu menyakitinya, Allah akan datangkan azab seksa yang dahsyat kepada kamu."
Penentang yang hasad

Dengan kedatangan unta itu, bertambah teguhlah iman pengikut-pengikut Nabi Saalleh a.s.  Pengikut Nabi Salleh a.s juga bertambah bilangannya.  Namun para penentang yang hasad kepada Nabi Salleh bukannya beriman, malah semakin jauh daripada kebenaran.  Mereka ini kebanyakkannya terdiri daripada para pembesar dan golongan kaya.

Pada awalnya,  mereka membiarkan unta itu minum air dari telaga dan cari makanannya di sekitar kawasan itu.  Namun beberapa lama selepas itu mereka mula berasa tidak senang hati.  Mereka mahu membunuh unta itu, malah turut merancang mahu membunuh Nabi Salleh dan para pengikutnya yang setia....
Bersambung lagi.. 
 (zulina ~ Asuh m/s 23)


3.  ASIAH Dan Imannya Yang Kental


Memeluk Islam

Dalam Sejarah Islam, nama Asiah menjadi sebutan sehingga kini.  Bukan kerana kecantikan atau kedudukannya sebagai isteri Raja Firaun, tetapi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah SWT.  Asiah memeluk Islam tatkala pembantunya, Mashitah dan anaknya dihukum bunuh oleh Firaun.  Asiah terdengar anak Mashitah memujuk ibunya agar bersabar kepada Allah sebelum mereka menjalani hukuman.  Justeru, hati Asiah yakin akan kebenaran tauhid lalu beriman.  Sejak itu, Asiah menjadi pengikut Nabi Musa a.s. dan mengingkari suaminya yang mengaku sebagai Tuhan.  

Isteri Firaun

Di istana, hanya Asiah yang beriman kepada Allah.  Suatu ketika, dia melafazkan kalimah Allah lalu didengari oleh pengikut Firaun.  Berita itu kemudiannya tersebar kepada suaminya.  Asiah dihadapkan kepada Firaun.  "Siapakah Allah?"  tanya suaminya yang zalim itu.  "Allah Tuhanku juga Tuhan seluruh alam semesta," kata Asiah penuh yakin.

Firaun amat murka lalu memberi pilihan kepada Asiah.  "Jika kau mahu hidup bersamaku dan kekayaanku, kau hendaklah mengatakan bahawa aku adalah Tuhan, tetapi jika kau memilih Allah sebagai Tuhanmu, aku akan membunuhmu!" ugut Firaun.

Tanpa berfikir lama, Asiah tetap dengan keputusannya sebagai hamba Allah.  Tidak sesekali dia melafazkan kalimah syirik  terhadap Allah walaupun di depannya menanti hukuman yang menyakitkan.

Penghuni Syurga Allah

Dengan keputusan itu, Firaun mengarahkan tenteranya mengikat kaki dan tangan Asiah.  Lalu mereka meletakkan batu besar di atas badannya.  Dalam kesakitan itu, Asiah terus berdoa kepada Allah swt.  Doa tersebut dirakamkan dalam surah at-Tahrim ayat 11 yang bermaksud:

"Wahai Tuhan, bangunkan untukku di sisiMu sebuah rumah di dalam Syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya yang buruk dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."

Allah swt mendengar doa Asiah lalu dinampakkan kepada wanita solehah itu rumahnya di dalam Syurga.  Saat itu Asiah senyum menerima hukuman.  Melihatkan kegembiraan wajah Asiah, Firaun berkata kepada pengikutnya, "Lihatlah isteriku yang aneh,"  Hakikatnya, roh Asiah ditarik oleh malaikat dan berbahagialah Asiah menghuni Syurga Allah swt yang kekal.

Begitulah adik-adik, Asiah telah mengajar kita untuk lebih mencintai Allah daripada kesenangan dunia.  Ini kerana, cinta Allah akan membawa kebahagiaan yang kekal di dunia dan akhirat.


4. Kisah Raja Dan Seekor Semut Yang Bijak






Pada zaman Mesir kuno, hidup seorang raja yang sangat terkenal keadilannya.  Raja tersebut sangat mencintai rakyatnya.  Bahkan raja tersebut dalam mencintai keluarganya tidak melebihi cintanya pada rakyatnya.  Sehingga, jika ada anggota keluarganya yang bersalah tetapi dihukum sebagaimana orang lain.  Yang lebih istimewa lagi, raja ini juga menyayangi binatang.  Kerana cintanya pada binatang, suatu hari raja yang ada itu pergi berjalan-jalan dan bertemu seekor semut.  Si semut berasa gembira dan bangga mendapat kunjungan dari raja.
 
"Bagaimana khabarmu, semut ?" tanya sang Raja.  "Hamba baik-baik saja," jawab semut dengan gembira.  "Kamu hendak ke mana,?" tanya raja.  "Hamba sejak pagi pergi ke beberapa tempat tetapi belum juga mendapatkan makanan," jawab semut.  "Jadi sejak pagi kamu belum makan," tanya raja lagi.  "Benar, " semut menjawab.  

Raja yang adil itu pun termenung sejenak.  Kemudian berkata, "Hai, semut, beberapa banyak makanan yang kamu perlukan dalam setahun,?"  " Hanya sepotong roti saja tuanku, " jawab semut." kalau begitu mahukah kamu kuberi sepotong roti untuk hidupmu setahun?"  "Sudah tentu hamba mahu."

"kalau begitu ,ikutlah aku pulang ke istana," ujar Raja,lalu membawa semut itu ke istananya. Semut sangat gembira kerana mendapat anugerah makanan daripada sang raja. Dia tidak perlu lagi bersusah payah unuk mencari makanan dalam setahun.

Sekarang kamu masuklah ke dalam balang yang telah aku isi sepotong roti ini!"  perintah sang raja.  "Terima kasih, Tuanku.  Hamba akan masuk," balas semut.  "Setahun kemudian, aku akan datang untuk membuka balang ini," ujar sang raja lagi.

Balang berisi roti ini dan semut itu pun segera ditutup rapat oleh sang raja.  Hari-hari berikutnya sang raja tetap memimpin rakyatnya.  Pelbagai urusan diselesaikan secara bijaksana.  Akhirnya setelah genap setahun, teringatlah sang raja akan janjinya pada semut.  Perlahan-lahan raja membuka balang berisi semut itu.  

Ketika penutup terbuka, si semut baru saja menikmati roti pemberian raja setahun lalu.  "Bagaimana khabarmu, semut?  "tanya sang raja ketika matanya melihat semut di dalam balang.  "Keadaan hamba baik-baik saja, Tuanku."  Kemudian sang raja termenung sejenak sambil melihat sisa roti milik semut di dalam balang.  "Mengapa roti pemberianku masih mempunyai sisa separuh,? kata kamu dalam setahun kamu hanya memerlukan sepotong roti.  Mengapa tidak kamu habiskan?" Tanya Sang Raja.  "Begini Tuanku.  Roti itu memang sengaja hamba sisakan separuh.  Sebab hamba khuatir Tuanku terlupa membuka penutup balang ini,"  jelas si semut itu.

" Sekiranya Tuanku terlupa membukanya, tentu saja hamba masih dapat makan roti setahun lagi. Tapi untunglah Tuanku tidak lupa.  Hamba gembira sekali."  Sang raja sangat terkejut mendengar penjelasan si semut yang tahu hidup berjimat-cermat.  Sang raja tersenyum kecil.  " Kamu semut yang hebat dan bijak.  Hal ini akan ku khabarkan pada seluruh negeri agar rakyatku dapat mencontohimu."
 
 
 
Sumber:
Majalah e-baca Mac 2013 
m/s 24
 
 



Produk : V-Radix

by  :  Cg Cayrol Azwa

AlhamdulilLah, satu lagi produk baru keluaran HPA Industries Sdn. Bhd sudah berada di pasaran. Produk baru ini merupakan satu fenomena baru kepada seluruh ahli HPA dimana mereka berada. Rasailah khasiatnya hari ini dan sila hubungi cawangan HPA yang berhampiran dengan anda.

 V-RADIX

Harga Pasaran: RM10.00 / sachet
InsyaAllah disini kita sama-sama kongsi tentang kelebihan dan khasiat yang terdapat dalam produk terbaru ini.

1. Jantung
2. Deep Sleeping
3. Pelawas
4. Masalah lumpuh
5. Sakit Sendi
6. Memulihkan tenaga kelakian
7. Stamina (kesegaran tubuh badan) dll.

Tambahan: Disini admin masukkan jawapan(rumusan) yang berkaitan dengan testimoni pengguna terhadap produk ini. Jawapan ini dari Pengarah Urusan sendiri :

Semalam saya menghaziri program KPJ di Arau under en Mahadi. Banyak pertanyaan yang berbangkit tentang kopi V Radix dan saya rasa elok saya syer untuk teman-teman semua.

1. Ada yang mengadu sakit kepala bila meminumnya: jika perkara ini berlaku pastikan minum air putih lebih dalam rutin harian kerana kekurangan air menyebabkan tubuh akan mengambil air di otak dan pinggang menyebabkan sakit terasa sekali.

2. Minum Kopi V Radix cuma pada waktu malam sahaja dan perrlu banyak aktiviti pada hari siangnya agar herba berkesan sebagai pelancar alian darah.

3. Kopi V Radix juga pelawas yang baik disamping menghilangkan masalah slip dis.
4. Sekurang-kurangnya kesan akan dapat dirasai selepas 1 jam minum.
5. Wanita digalakkan minum separuh atau suku sachet sahaja.
6. Satu sachet untuk tiga hari.
7. Jika Kopi V Radix di minum dengan telur separuh masak ia akan menjadi lebih-lebih efektif.
8. Wanita dalam haid boleh minum Kopi V Radix.


"Suami Minum Isteri Senyum"
http://pjszon-timur.blogspot.com/2012/09/produk-v-radix.html 

Khasiat Sinergi 7 Herba

By : Cg Cayrol

~~7 Ramuan / Kandungan yang terdapat di dalam Kopi Radix~~

1.  Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)

  • Membangkitkan semangat serta meredakan keletihan
  • Tonik peredaran darah
  • Ramuan selepas bersalin
  • Membuang racun di dalam tubuh
  • Menurunkan darah tinggi
  • Menurunkan panas dalam badan
  • Mengelakkan diare
  • Anti racun
  • Mengelakkan demam kuning (Masalah hati)
  • Mengelakkan sakit tulang (Arthritis)
  • Mengelakkan batuk kering, kencing manis, keputihan dan gusi berdarah
  • Antiseptik untuk luka dalam
  • Menghilangkan ketagihan rokok

2.  Tebu Gajah ( Albizzla Myriophylla )


  • Meneutralkan kafein
  • Penawar demam
  • Antidot (penawar racun)
  • Mengubati sakit telinga
  • Membantu menurunkan tahap glukosa di dalam darah

3.  Mengkudu Hutan ( Morinda Eliptica )






  • Merawat sakit kepala, pelawas, buasir, jantung, darah tinggi, tidur yang berkualiti, menghaluskan kulit.
  •  Herba ini mengandungi bahan aktif aktif Moridin dan Xeronin yang memberi kesan positif pada sel sehingga menimbulkan rasa ceria.

4.  Herba Mata Pelanduk ( Ardisia Crispa )


  • Merawat otot
  • Merawat sakit dada, diare, sakit tenggorokan,
  • Merawat keracunan
  • Pembengkakan testis
  • Demam 
  • Batuk
  • Ghout
5.  Teja Lawang (Cinnamomuniners)
  • Demam
  • Menambah tenaga
  • Membuang angin
  • Ubat selepas bersalin
  • Asma
  • Batuk
 6.  Larak Hutan (Polyalthia)

  • Ubat selepas bersalin
  • Buang angin                                                                                                                                                
 7.  Halban (Vitex pubescens)




  • Mengubati luka, kudis dan demam
  • Ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda 
  • Antioksidan
  • Mencairkan darah
  • Melegakan batuk 
  • Melancar perjalanan darah 
  • Menguatkan tenaga zahir dan batin.

Bloger 'hantu' diharam.

Dipetik dari:

  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Blogger_hantu_diharam/Article/

Blogger 'hantu' diharam Najib menyampaikan anugerah kepada pemenang Hadiah Kajai 2012 dari Berita Harian, Sophia Ahmad pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012, di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Mokhsin Abidin
Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar

Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.

Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak

Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing.

Kerajaan tak tapis internet: Najib

“Hari ini landskap media dan organisasi berita mengalami perubahan amat pesat dengan kehadiran media cetak dan elektronik yang dilengkapi media dalam talian. Demokrasi media dan kebebasan bersuara menjadi kenyataan.

“Penggunaan semua bentuk media ini dapat kita saksikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Penyebaran pelbagai bentuk pembohongan, fitnah dan hasutan kebencian dalam media sosial oleh kelompok yang menggelar diri mereka sebagai wartawan seperti yang berleluasa ketika PRU-13 tidak menguntungkan sesiapa. Aliran ini jika dibiarkan berleluasa, akan mendatangkan kesan buruk kepada negara,” katanya.
Beliau berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012, di Hotel Istana, di sini, malam tadi.

Tidak lesen portal berita

Najib bagaimanapun berkata, kerajaan tidak akan menapis internet walaupun kerajaan mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia dan Rang Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC).

“Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan akan memastikan rakyat yang sedang menghadapi ‘cabaran kematangan’ sekarang tidak bersikap melampau selepas menikmati kemajuan pesat dalam landskap media dan organisasi berita.

Sehubungan itu, rakyat harus mampu memanfaatkan kebebasan bersuara sebaik mungkin kerana jika corak tenaga baru yang datang daripada kebebasan bersuara itu tidak digunakan dengan baik, mereka akan terkeliru.

‘Kesan rama-rama’

“Isu melanda pemikiran rakyat sekarang adalah pemahaman demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Ia memberi kesan yang tidak pernah berlaku sebelum ini hingga meninggalkan ‘kesan rama-rama’,” katanya.

Najib berkata, kunci bagi kejayaan untuk memanfaatkan kebebasan bersuara adalah dengan bermuhasabah mengenai identiti diri sebagai warga Malaysia dan bertanya pada diri sendiri mengenai kebebasan bersuara yang harus sesuai dengan identiti rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni.

“Adakah perlu perbezaan pendapat mewujudkan syak wasangka melampau yang asing daripada budaya Malaysia? Untuk demokrasi benar-benar berfungsi, rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada antara kita yang menyimpang, mahupun menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan wartawan supaya mengetengahkan isu lebih utama seperti perpaduan dan usaha memajukan negara, selain menjadi perantara berkesan dalam menyampaikan maklumat antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya.

Radix Satu Kajian Dan Testimoni

By  :  Cg Cayrol Azwa
http://duniaherbahpa.com/2008/11/radix-satu-kajian/

Radix Satu Kajian
Oleh : Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA

kopiradix-front-web-copy.png
Radix telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran. Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah Radix itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?

Kopi Pra-campuran ini mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak. Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan Kopi Radix ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari. Persoalannya, adakah ia tidak memberi keburukkan kepada si peminum?

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini maka saya (Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad) ingin mengupaskan perbincangan ini dengan tajuk ” Radix satu kajian”

Apakah itu Radix?
Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix . Radix terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai Radix.

tgkt-ali-2.jpg

Kenapa memilih akar/Radix?
Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsure Tanah, Air, Api, dan Angin.

Mekanisme tindakan Radix dalam tubuh.
Di sini saya (P.U) merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb” – Pena Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga bagi semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ yang terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta lemah, bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.
Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar Teja Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita. Insya ALLAH.

Bagaimana Radix digunakan bagi pesakit kencing manis?

Sesuatu yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, persoalannya bagaimanakah Kopi Radix yang mengandungi gula itu boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah?
Mari kita sama-sama memahami, umum tahu, gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses pengilangan. Oleh kerana itu, ia tidak seimbang, maka ia akan menganggu keseimbangan organ tubuh untuk berfungsi. Sehubungan itu, permasalahan ini dapat kita lihat kesannya selepas pengambilan gula putih setengah jam selepasnya, sistem imuniti akan menurun 40-50%(kajian). Ia juga akan menjadikan sel-sel beta didalam pancreas mula tidak peka untuk pengeluaran insulin. Akhirnya gula putih sebentar tadi membanjiri darah dan masuk ke dalam urin. Menghentikan pengambilan gula merupakan satu keputusan yang kurang bijak, ini adalah kerana ia akan menghilangkan tenaga tubuh. Sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius serta boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh, buta dan gangrene.

Keadaan kencing manis ini, mudah untuk diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur tadi iaitu penyakit terjadi kerana ketidakseimbangan unsur-unsur seperti tanah, air, api dan angin. Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya bukanlah satu kaedah yang tepat, sebalik kembali kepada pengambilan herba. Tidak Allah jadikan tumbuh-tumbuhan ini sia-sia.
Radix merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi rawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:

Teja Lawang —– Aromatik —– Api
Larak —– Astringen—– Tanah (kelat)
Tebu Gajah —– Manis —– Air
Tongkat Ali —– Pahit —– Angin
tgkt-ali.jpg
Sila baca sambungan artikel ini dalam nota bergambar di bawah ini. Klik pada gambar untuk besarkan saiz.
Teks Penuh Radix Satu Kajian Tulisan Tn Haji Ismail. Klik pada gambar untuk membaca.
radix_satu_kajian-01a.jpg radix_satu_kajian-01b.jpg radix_satu_kajian-02a.jpg radix_satu_kajian-02b.jpg
radix_satu_kajian-03a.jpg radix_satu_kajian-03b.jpg radix_satu_kajian-04a.jpg radix_satu_kajian-04b.jpg
radix_satu_kajian-05a.jpg radix_satu_kajian-05b.jpg radix_satu_kajian-06a.jpg radix_satu_kajian-06b.jpg
radix_satu_kajian-07a.jpg radix_satu_kajian-07b.jpg radix_satu_kajian-08a.jpg radix_satu_kajian-08b.jpg
radix_satu_kajian-09a.jpg radix_satu_kajian-09b.jpg radix_satu_kajian-10a.jpg radix_satu_kajian-10b.jpg
radix_satu_kajian-11a.jpg radix_satu_kajian-11b.jpg radix_satu_kajian-12.jpg
Testimoni Pengamal Kopi Radix
KOPI RADIX MENURUNKAN BERAT BADAN
”Saya telah mencuba produk HPA, saya dapati berat badan saya semakin berkurangan setelah mengamalkan KOPI Radix, Plantisol, Omega 3, Pelawas dan herba-herba lain. Sebelum ini berat badan saya ialah 135 kg dan setelah mengamalkan produk-produk tersebut, ia telah berkurang menjadi 123kg.”
-Mohd Hazizi bin Deraman (20 tahun) – Kelantan

KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT PERUT
“Ini berlaku kepada salah seorang ‘downline’ saya. Pada kebiasaannya beliau akan mengalami sakit perut sekiranya tidak makan pada waktu tengahari. Baru-baru ini beliau telah mencuba Kopi Radix dan agak mengejutkan apabila sakit perut yang sering dialami apabila lambat makan ternyata tidak berlaku pada waktu kebiasaannya. Alhamdulillah, kini beliau telah mengamalkan Kopi Radix sebagai program diet dan menurut beliau pinggangnya juga mulai ramping. Kalau tak percaya cubalah ..! ”
-Azwan Effendy b. Ahmad Zahidi (25 tahun) – Kedah

KOPI RADIX MEMBERI KECERGASAN

“Alhamdulillah, dahulu saya hanya mendengar saja tentang Kopi Radix sekali pun saya salah seorang ahli HPA. Namun kini saya telah dapat mencubanya sendiri. Saya mengamalkannya pada sebelah pagi dan saya merasakan diri saya lebih bertenaga semasa bekerja dan tidak lagi mengantuk, lebih-lebih lagi pada waktu tengahari.”
-Mohd Hafiz b. Abdul Razak (32 tahun) – Pulau Pinang

KOPI RADIX MENYEMBUHKAN SAKIT LUTUT

“Saya mengalami masalah sakit lutut akibat jatuh ketika bersukan. Kesannya, saya tidak dapat bersukan dan melakukan kerja-kerja berat lagi. Saya telah mencuba Kopi Radix dan herba Radix kapsul selama beberapa bulan dan akhirnya syukur Alhamdulillah kini saya dapat bergerak dengan lebih aktif berbanding sebelum ini. Rasa sakit sama sekali telah hilang. ”
-Muhammad Azahari b. Mat (22 tahun) – Kedah

KOPI RADIX, HERBA TUJU ANGIN DAN MADU MENYEMBUHKAN SAKIT TULANG BELAKANG
“Saya telah mengamalkan Herba Tuju Angin, Kopi Radix dan Madu Asli. Alhamdulillah, penyakit yang saya alami iaitu sakit tulang belakang selama 3 tahun pun hilang.”
-Abdul Razak bin Shukor (45 tahun) – Selangor

KOPI RADIX MENGHILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK
“Apabila selalu mengamalkan Kopi Radix, saya menjadi semakin ketagih pada Kopi Radix. Ketagihan rokok saya tidak dapat mengalahkan Kopi Radix. Pokok Tebu Gajah juga dapat menghilangkan rasa ingin merokok. Apabila kita menghisap kayunya yang mempunyai rasa manis itu secara tidak langsung ia menghilangkan mood untuk merokok kerana mulut sudah tawar dan tidak dapat lagi merasai kenikmatan merokok. InsyaAllah, boleh cuba…… HPA BOLEH!!!”
-M. Helmi  (24 tahun) – Selangor

KOPI RADIX DAN OMEGA 3 MENINGKATKAN KECERDASAN ANAK

“Sepanjang menjadi ahli HPA banyak pengalaman keberkesanan produk-produk yang saya lalui. Sejak mengandung anak yang keempat, saya mengamalkan Kopi Radix dan Omega 3 sebagai minuman harian dan bekalan ke tempat kerja. Setelah melahirkan, apa yang saya lihat pada ketika anak berumur 9 bulan, dia sudah mampu berdiri dan berjalan. Anak saya cukup aktif dan ketahanan tubuhnya cukup kuat.
-Asnieah bt. Badri @ Nazri (39 tahun) – Pulau Pinang

KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT KEPALA
“Assalamualaikum……saya adalah orang yang baru mengenali produk HPA. Antara barang yang diperkenalkan kepada saya adalah Kopi Radix. Sebelum saya minum Kopi Radix, saya selalu sakit kepala. Hampir setiap hari saya mengalami sakit kepala. Namun suatu yang menakjubkan, semenjak saya mengamalkan Kopi Radix, sakit kepala yang saya alami sudah sembuh dan sehingga kini ia tidak lagi menyerang. Badan saya terasa semakin sihat dan bertambah ceria ALHAMDULILLAH…SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA….. wassalam.”
-Hj. Nazarudin bin Mukhtar (30 tahun) – Selangor

KOPI RADIX UNTUK MASALAH USUS
“Saya mengalami masalah usus sebelum saya mencuba Kopi Radix dan Omega-3. Pada hari pertama saya mencuba produk HPA ini saya telah membuang air besar sebanyak 9 kali, pada hari kedua, sebanyak 5 kali dan pada hari ketiga penyakit saya telah sembuh seperti sediakala. Saya amat bersyukur kepada Ilahi di atas kesembuhan ini dan saya dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa. Terima kasih HPA”
-Faizul Azrie bin Ismail (26 tahun) – Kelantan

BERBEKAM DAN KOPI RADIX
“Alhamdulillah, setelah saya berbekam, ramai teman saya yang ikut berbekam dan hasilnya memang luar biasa. Ada pesakit saya yang sesak nafas / nafas pendek dan sakit saat tarik nafas, setelah berbekam di bahagian belakang dan dada. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekarang sudah sembuh dan penyakit yang lain turut lenyap iaitu sakit mag (gastric). Ada sesetengah yang mempunyai penyakit malaria dan tipes. Setelah menjalani terapi bekam dan minum Kopi Radix, saya sudah sihat dan segar….” Terima kasih HPA dan para guruku….!!!!”
-Bahari bin Tito Laksono (32 tahun) – Indonesia

~~ Semoga Ruangan Ini Dapat Memberikan Panduan Kepada Semua~~