Members

Jumaat, 19 Julai 2013

Maafkan Cikgu

By  :  Cg Cayrol

KISAH BENAR : Maafkan Cikgu | 
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 Bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari... datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,

"Maafkan cikgu" .......
Dipetik daripada :  kiriman Facebook KUCHING

Hukum Orang Berhadas Menyentuh Al-Quran

By  :  Cg Cayrol

KISAH BENAR : Maafkan Cikgu | 
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 Bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari... datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,

"Maafkan cikgu" .......
Dipetik daripada :  kiriman Facebook KUCHING

Sabtu, 13 Julai 2013

Pembunuh Semulajadi Sel Kanser

 by  :  Cg Cayrol

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains

Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Sumber  :  Hidup Tanpa Kanser
By  :  Cg Cayrol
Andai ini takdirku..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru be...rumur 21 tahun....

Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang kejam !!

Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...

Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..

Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah sekarang supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...

------------------------------
-----------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.

Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.

Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital.. .dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi..

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...

Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.

Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.

Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk
mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.

Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil ‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa ada..papa ada sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya...

P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..


 

Sumber : karyawanbisu.blogspot.com

Jumaat, 12 Julai 2013

Resipi

 By :  Cg Cayrol

Pajeri Nenas
1/2 biji nanas manis - dipotong bulat atau separa bulat, jangan nipis sangat
2 sudu besar kerisik
... 1 cawan pati santan - dicampur dengan 2 cawan air
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
2 biji cili hijau - dibelah memanjang tetapi jangan putus

Bahan-bahan dikisar: (dijadikan pes)
4 sudu besar rempah daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Air secukupnya

*Bahan-bahan Tumis:*
3 biji bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu besar udang kering - direndam sehingga sedikit kembang dibersihkan dan ditoskan.
1 tangkai daun kari
Minyak secukupnya untuk menumis

*Penyediaannya:*
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan pes dan kacau rata Tutup periuk dan masak sehingga rempah garing dan terbit minyak.
3. Kemudian masukkan santan dan kacau lagi. Sesuaikan rasa, masukkan garam, gula perang gula putih, dan serbuk perasa. Kacau dan biarkan kuah mendidih.
4. Setelah kuah mendidih masukkan nanas dan kerisik. Masak sehingga nanas layu dan kuah pajeri agak pekat. Kemudian masukkan cili hijau. Kacau dan tutup api.


 
                                  Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan (3-4 orang)

1 ikat kangkung
6 ulas bawang merah 
... 2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula


Cara-cara
* Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan  bilis.
* Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
* Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
* Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit)

.
    

Daging Salai masak lemak cili api

Bahan2nya :
* 500g daging
* 4 ulas bawang merah*
... * 1/2 biji bawang holland*
* 10 biji cili api*
* 2 inch kunyit hidup*
* 2 batang serai dititik
* 2 keping asam gelugur
* 1 cawan santan pekat
* 1 biji kentang didadu
* 1 cawan air
* 1 helai daun kunyit
* sedikit garam,gula, serbuk perasa dan sedikit serbuk kunyit

Cara Menyediakan :
* Gaul daging yang dah dihiris satu inci tebal bersama garam,serbuk kunyit dan kemudian disalai sehingga daging masak.
* Sejukkan daging salai seketika dan dihiris nipis2
* Kisar semua bahan2 yang bertanda * dengan sedikit air dan tumis seketika sehingga naik bau
* Sementara menunggu bahan2 kisar mendidih, masukkan serai yang sudah dititik dan juga asam keping
* Masukkan kentang yang telah didadu dan masak seketika sehingga kentang separuh empuk
* Masukkan santan pekat, kacau seketika dan masukkan daging salai serta daun kunyit
* Perasakan dengan sedikit gula,garam dan sedikit serbuk perisa..
* Setelah masak, hidangkan ke dalam mangkuk hidangan....




Resipi oleh Pak Sohok...


Puding Roti Kukus

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
... 1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara

Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
 Resipi oleh :  Ombak Rindu

Roti Lapis Daging Berkeju
Bahan2:
utk Inti:
300gm daging cincang @ 4 kpg dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih blh tmbh lg..
... 2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
1/2 paket perencah daging black paper maggi
sedikit air
garam n gula
minyak

12kpg roti
3biji telur
200ml susu fresh
8kpg slice cheese
cheddar diparut
* sayur2 ikut suka

Cara2:
utk inti
Pnskan minyak, tumis bwg putih mskkan bwg besar n daging... grg hingga daging empuk.
kemudian masukkan perencah black paper dgn sedikit air... masak sehingga daging msk n kering.
ketepikan n biar sejuk.

Untuk Roti lapis
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega
bancuhkan telur dgn susu sehingga sebati
celup roti kedalam bancuhan susu td dan susun dlm bekas. buat sehingga penuh bekas utk tingkat yg pertama.
tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti n ratakan. kemudian susun slice cheese keatas daging.
tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti lgkh pertama td...
Ulang proses yg sm... Lastly tabur chesdar parut kat lapisan atas sekali..
jika ada lebihan telur just siram diatas roti supaya x membazir...
bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 mnt( sehingga masak)
kuarkan dari oven sedia utk dihidang..

oleh:  WanieDD Homemade





Ahad, 23 Jun 2013

HERBA untuk LELAKI dan WANITA

by  : Cg Cayrol Azwa

A.  PRODUK VIGOR (HERBA LELAKI)

Khasiat Herba Butea Superba (Vigor)

  • Meningkatkan aktiviti androgenik
  • Mengembalikan keremajaan
  • Meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki
  • Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki
  • Menjadikan ereksi zakar lebih selesa
  • Membantu lelaki yang mengalami masalah 'erectile dysfunction' (ED) / disfungsi erektil
  • Meningkatkan tahap kepekatan sperma
  • Memanjangkan tempoh pergerakan sperma
 1.  Tumbuhan herba Butea Superba tumbuh di India, Thailand dan juga di Asia Tenggara.Dikenali
       sebagai 'Red Kwao Krua' di kalangan masyarakat Thailand, tumbuhan herba ini telah lama di
       gunakan secara tradisional  untuk meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki.

2.   Herba Butea superba ini didapati dapat meningkatkan aktiviti androgenik, di mana aktiviti 
      androgenik ini sangat penting dalam perkembangan sistem pembiakan lelaki.  Antara contoh
      hasil  aktiviti androgenik ini termasuklah pertumbuhan bulu-bulu di badan, perkembangan 
      organ pembiakan lelaki dan juga pembentukan jisim otot yang lebih pejal berbanding otot 
      wanita.

3.   Khasiat tumbuhan herba ini menyamai kapsul 'viagra' yang berfungsi untuk menguatkan
       tenaga batin lelaki.  Istimewanya, herba Butea superba ini membantu menggalakkan
       perjalanan darah ke dalam organ seksual lelaki tanpa memberi kesan, mempercepatkan
       kadar denyutan jantung, gementar atau letih, sekaligus menjadikan ereksi zakar lebih 
       selesa.

4.   Menurut kajian saintifik, penggunaan tumbuhan herba ini secara berterusan dapat
      mengembalikan  keremajaan dan membantu merawat masalah kesihatan yang berkaitan 
      dengan penuaan.  Sediaan daripada tumbuhan herba ini didapati dapat membantu 
      meningkatkan fungsi ereksi di kalangan lelaki yang mengalami masalah 'erectile 
      dysfunction' (ED) / disfungsi erektil tanpa memberi kesan toksik.

5.   Herba Butea superba juga dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kepekatan sperma
      dan juga memanjangkan tempoh pergerakan sperma di mana ia merupakan salah satu faktor
      utama yang menyumbang kepada kesuburan lelaki.

6.   Secara konklusinya, herba Butea superba sememangnya herba yang sangat berguna untuk
      penjagaan kesihatan lelaki. 


  • 1 unit Vigor mengandungi 30 kapsul
  • cara pengambilan  :  1 biji setiap hari
  • Harga pengguna    :  Semenanjung Malaysia ~ RM60  (Harga Ahli ~RM50)
  •                                  Sabah dan Sarawak       ~ RM 65  (Harga Ahli ~RM55)
  • Nilai mata             :  25   

A.  PRODUK PUERARIA  (HERBA WANITA)

Khasiat Herba Pueraria (Herba Wanita)


  • Menyeimbangkan hormon estrogen
  •  

  
          


Rabu, 19 Jun 2013

Terjemahan Surah Al-Ikhlas

By :  Cg Cayrol Azwa


PENGENALAN
  • Merupakan Surah ke 112
  • Termasuk di antara surah-surah pendek dalam al-Quran
  • Surah ini sering dibaca dan diulang-ulang.  Boleh dikatakan surah ini sudah menjadi bacaan harian setiap Muslim, baik ketika solat ataupun saat mereka berzikir.
  • Rasulullah s.a.w. tidak pernah lupa daripada membaca surah yang mulia ini setiap hari.
  • Surah ini mengandungi makna dan pengajaran yang penting serta mendalam.
  • Surah ini pendek dari segi susunan ayat dan jumlah ayat.  Namun memiliki kedudukan yang tinggi jika dibandingkan dengan surah-surah lain.  Bahkan kedudukannya sama dengan sepertiga al-Quran.
JOM KITA PELAJARI
  1. Al-Ikhlas bererti "kesucian" atau "bersih", yang berfungsi membersihkan jiwa seseorang daripada kepercayaan kepada kebendaan.
  2. Surah al-Ikhlas juga dinamakan dengan surah at-Tawhid.
  3. Surah ini merupakan pernyataan ringkas  tauhid, keesaan mutlak Allah, yang terdiri daripada empat ayat.
  4. Surah al-Ikhlas adalah satu-satunya surah dalam al-Quran yang namanya tidak ada atau tidak mempunyai hubungan bahasa (linguistik) kepada surah itu sendiri.
 ASBABUN NUZUL ~ SEBAB TURUNNYA SURAH INI
  • Adik-adik, sebab turunnya surah ini adalah, ketika orang Musyrik atau orang Yahudi berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Beritakan kepada kami sifat Rabb-Mu."  Kemudian Allah s.w.t. menurunkan surah ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tirmidzi.
KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS
  1. Menyamai sepertiga Al-Quran.
  • Diriwayatkan dalam sahih al-Bukhari daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. beliau berkata: " Ada seorang sahabat Rasul s.a.w. mendengar jirannya membaca berulang-ulang."Kemudian pada pagi harinya dia menemui Nabi s.a.w. dan menceritakan tentang perbuatan jirannya.  Seakan-akan dia menganggap kedudukan surah ini ringan dan tidak penting.  Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya.  Sesungguhnya surah al-Ikhlas benar-benar menyamai sepertiga al-Quran." (Riwayat Bukhari)
  • Para ulama' menjelaskan sebab surah al-Ikhlas ini menyamai sepertiga al-Quran kerana di dalam al-Quran mengandungi tiga pokok yang paling mendasar iaitu:
          a)  Tauhid
          b)  Kisah-kisah rasul dan ummatnya
          c)  Hukum-hukum syariat
  • Sedangkan surah al-Ikhlas ini, mengandungi kaedah-kaedah ilmu tauhid.  Atas dasar inilah surah al-Ikhlas menyamai sepertiga al-Quran.
     2.   Mendapatkan kecintaan Allah s.w.t.
  • Daripada Syaidatina Aisyah r,a. : "Nabi s.a.w. pernah mengutuskan sahabat dalam sebuah pertempuran.  Lalu dia mengimami solat dan selalu membaca surah al-Ikhlas.  Tatkala mereka kembali dari pertempuran, mereka adukan hal tersebut kepada Nabi s.a.w. Baginda s.a.w. bersabda: "Tanyakan kepadanya apa yang melatarbelakangi dia berbuat seperti itu?" Mereka pun menanyakannya.  Lalu Baginda pun menjawab:  "Sesungguhnya surah al-Ikhlas mengandungi sifat yang dimiliki oleh ar-Rahman (Allah) dan aku suka untuk membacanya."  Maka Nabi s.a.w. bersabda:  "Khabarkan kepadanya bahawa Allah swt mencintainya." (riwayat Bukhari)
     3.  Mendapatkan ganjaran Jannah  
  •  Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: "Aku pernah bersama Nabi s.a.w. dan saat itu beliau mendengar seseorang membaca:( قل هوالله أحد  ) Lalu Baginda bersabda:  "Dia telah mendapatkan".  Abu Hurairah bertanya:  "Mendapatkan apa wahai Rasulullah?" Beliau menjawab:  "Al-Jannah (syurga)." ~ Riwayat Tirmizi.
  • Dalam hadis yang lain Baginda s.a.w.  bersabda: "Kecintaanmu kepada surah al-Ikhlas memasukkanmu ke dalam al-Jannah." ~ Riwayat Bukhari
4.  Doa yang tidak tertolak
  • Daripada Buraidah bin Khusaib r.a.: "Aku pernah masuk masjid bersama Nabi, tiba-tiba ada seorang sahabat solat dan membaca di dalam doanya:
اللهم اني أسألك بأني أشهد أن لا اله الا أنت الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يكن له كفوا أحد

  • Lalu Baginda bersabda:  "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya.  Sesungguhnya dia meminta dengan nama-Nya yang mulia.  Jika dia meminta dengan nama tersebut, Allah akan memberinya dan jika dia berdoa dengannya, diterima."  ~ Riwayat Abu Dawud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Sumber:
Majalah Asuh :  Bil 178 
Mei 2012 / m.s : 13